Ahmad Amzad  mengagihkan ikan tongkol kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran. FOTO IHSAN FB AHMAD AMZAD HASHIM
Ahmad Amzad mengagihkan ikan tongkol kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran. FOTO IHSAN FB AHMAD AMZAD HASHIM
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Sebanyak satu tan ikan tongkol diagihkan kepada penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran di sini, hari ini.

Ia disumbangkan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dengan setiap keluarga menerima satu kilogram (kg) ikan tongkol.

Ahmad Amzad yang juga bekas Timbalan Menteri Sains dan Inovasi berkata, pihaknya menyasarkan kira-kira 1,000 keluarga yang berada di PPR Padang Hiliran menerima sumbangan berkenaan.

"Ini adalah program yang kita buat untuk berkongsi rezeki dengan penduduk di PPR Padang Hiliran terutama di musim tengkujuh.

"Kita sedia maklum bekalan ikan sukar diperoleh ketika musim tengkujuh dan berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu penduduk setempat.

"Program seumpama ini akan dilakukan di kawasan lain dalam usaha membantu golongan memerlukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Disember 2023 @ 3:48 PM