GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di lima negeri dan Wilayah Persekutuan sehingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan cuaca buruk itu membabitkan Hulu Perak di Perak dan Lipis serta Maran, Pahang.

Menurutnya, Selangor akan membabitkan kawasan di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang selain Putrajaya serta Melaka turut dijangka berdepan ramalan cuaca berkenaan.

"Sarawak akan membabitkan Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Daro) dan Miri (Subis)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Disember 2023 @ 3:47 PM