TANGKAP layar Instagram milik Ismanira Abdul Manaf meluahkan perasaan rindu kepada arwah anaknya Zayn Rayyan menerusi hantaran di media sosial miliknya.
TANGKAP layar Instagram milik Ismanira Abdul Manaf meluahkan perasaan rindu kepada arwah anaknya Zayn Rayyan menerusi hantaran di media sosial miliknya.
Suhanna Iskandar

Kuala Lumpur: "4 Disember, ini kali terakhir mommy dan daddy dapat bawak abang jalan-jalan...," demikian hantaran terbaharu Ismanira Abdul Manaf, 28, ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan meningal dunia dipercayai dibunuh pada 6 Disember lalu.

Ismanira memuat naik gambar terakhir mereka di Instagram (IG) miliknya hari ini, hingga mendapat perhatian dan meruntun jiwa netizen.

"Penat dan sibuk macam mana pun, mommy dan daddy akan bawa jugak abang dan adik jalan." kata Ismanira untuk berkongsi kenangan ketika keluar bersama Zayn Rayyan.

Ismanira turut mengungkapkan rindu yang tak terkata daripada seorang ibu kepada anak sulungnya itu menerusi perkongsian semula di Facebook miliknya hari ini.

Ayat yang disusun dengan kasih sayang menggambarkan perjalanan yang mengubah hidupnya sebagai seorang ibu sejak kelahiran anak sulungnya itu.

"Momen yang mengubah saya selamanya adalah saat anak sulung dilahirkan. Cinta untuk selamanya, anak sulungku, Zayn Rayyan," kongsinya.

Ismanira turut berkongsi tajuk 'Surat cinta dari ibu' dengan menggambarkan bagaimana kehadiran anak sulungnya memberi makna dalam kehidupannya.

Zayn Rayyan, 6, ditemukan meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartment Idaman, Damansara Damai di Petaling Jaya pada 10 malam selepas selepas dilaporkan hilang lebih 30 jam.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Disember 2023 @ 1:17 PM