SEGELINTIR netizen menyamakan wajah Muhammad Nadzir Arif Nor Azhari dengan  pelakon, Nadhir Nasar. FOTO Ihsan Muhammad Nadzir Arif Nor Azhari
SEGELINTIR netizen menyamakan wajah Muhammad Nadzir Arif Nor Azhari dengan pelakon, Nadhir Nasar. FOTO Ihsan Muhammad Nadzir Arif Nor Azhari
Redzuan Muharam


Gurun: "Ada yang kata sama (wajah) tapi tak kurang juga kata saya bukan Nadhir Nasar tapi Nadhir 'pasar'," kata pembantu di stesen minyak, Muhammad Nadzir Arif Nor Azhari

Muhammad Nadzir Arif, 21, bukan sesiapa malah mengaku dirinya hanya pemuda desa, cuma kebetulan, ada rakan dan warganet mendakwa wajahnya iras pelakon Nashir Nasar hingga dirinya mendapat perhatian di laman sosial.

Hakikatnya, anak sulung daripada tiga beradik itu tidak mengenali siapa Nadhir Nasar pada mulanya diperkenalkan rakan terdekat.

Muhammad Nadzir Arif berkata, dia juga tidak pernah mengaku atau melihat ada persamaan wajahnya dengan Nadhir Nasar.

"Saya tak pernah nampak persamaan cuma rakan terdekat yang kata wajah saya mirip Nadhir begitu juga warganet.

"Tak kenal siapa pun Nadhir sebenarnya dan ingatkan rakan salah sebut kerana kebetulan, nama depan hampir sama.

"Tapi apabila dapat tahu Nadhir itu artis lagi membuatkan saya malu kerana saya orang biasa saja," katanya katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Muhammad Nadzir Arif berkata, selain rakan terdekat, persamaan wajahnya dengan Nadhir Nasar turut diakui segelintir pengikut dan netizen namun rata-ratanya memberi komen positif.

"Tapi ada juga yang kecam mungkin kerana mereka ingat saya perasan dan berlebih-lebih sedangkan saya tak begitu.

"Mungkin itu sebabnya ada yang gelar saya Nadhir 'pasar' dan Nadhir 'dark web'," katanya..

Ditanya sejauh mana penerimaannya, Muhammad Nadzir Arif berkata, dia tidak terkesan dengan kata-kata rakan mahupun warganet kerana baginya, tiada apa yang berubah dan tetap perlu menjalani kehidupan seperti biasa.

Baginya, persamaan yang ada tidak menghairankan kerana lumrah ada individu mempunyai wajah serupa.

"Cuma, jika ada rezeki dan peluang, saya berminat juga nak menceburi bidang lakonan.

"Bukan kerana nak popular tetapi cuba sesuatu di luar kotak kerana belum cuba, belum tahu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 November 2023 @ 8:02 PM