ANGGOTA bomba melakukan operasi menyelamat di lokasi lori tangki minyak terbabas dan menyebabkan pemandunya meninggal dunia. FOTO Ihsan JBPM,
ANGGOTA bomba melakukan operasi menyelamat di lokasi lori tangki minyak terbabas dan menyebabkan pemandunya meninggal dunia. FOTO Ihsan JBPM,
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Rawang: Pemandu lori meninggal dunia selepas kenderaan dipandu terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di Kilometer (KM) 28.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 5.24 petang.

"Sepasukan anggota bersama dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dimaklumkan mengenai kemalangan membabitkan sebuah lori tangki minyak yang jatuh gaung sedalam kira-kira enam meter," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kemalangan itu mengakibatkan mangsa berusia 50-an tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Oktober 2023 @ 8:34 PM