Seorang lelaki maut selepas kereta dinaikinya bersama empat lagi penumpang terlibat kemalangan di Jalan Genting Highland-Genting Sempah pagi tadi. FOTO Ihsan JBPM Selangor
Seorang lelaki maut selepas kereta dinaikinya bersama empat lagi penumpang terlibat kemalangan di Jalan Genting Highland-Genting Sempah pagi tadi. FOTO Ihsan JBPM Selangor
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Gombak: Seorang maut, manakala empat cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Genting Highlands - Genting Sempah dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.40 pagi.

"Sebuah jentera bersama anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikerah ke lokasi kejadian sebelum mendapati sebuah Proton Saga FLX dinaiki lima lelaki tempatan berusia 20-an terbabit kemalangan.

"Tiga mangsa cedera dan seorang lagi parah di bahagian kaki kiri, manakala seorang mangsa disahkan maut di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang maut dikenali sebagai Yakesh Sarawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 September 2023 @ 10:04 AM