MANGSA yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. FOTO Ihsan PDRM
MANGSA yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. FOTO Ihsan PDRM
Juwan Riduan

Labuan: Seorang doktor meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta di kawasan berhampiran Simpang Rangas, di sini, jam 7.50 pagi tadi.

Mangsa, L Harivin, 30, berasal dari Chemor, Perak disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Labuan Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian, mangsa datang dari arah Jalan Sungai Bedaun.

"Tiba di lokasi, mangsa hilang kawalan ketika melalui selekoh menyebabkannya bertembung dengan kereta dipandu wanita berusia 38 tahun.

"Akibatnya, mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan," katanya pada kenyataan.

Mayat dibawa ke Hospital Nukleus Labuan untuk proses selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 September 2023 @ 2:18 PM