Gadis-gadis dan lelaki dari  suku kaum Dusun Liwan Ranau  menunggu ketibaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke pemuliharaan ikan kelah tagal Sungai Moroli Ranau, semalam. FOTO BERNAMA

BERNAMA

Kundasang: Kembara Kenali Borneo pada hari keempat dijadual meneruskan perjalanan dari Kundasang dalam daerah Ranau menuju ke Kota Kinabalu, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijadual singgah di Pekan Nabalu di sini, sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.

Di ibu negeri Sabah itu, Al-Sultan Abdullah dijadual merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah, sementara Tunku Azizah dijadual melawat Jabatan Penjara.

Seri Paduka berdua kemudian dijadual menghadiri Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu, sebelum mengakhiri hari keempat jelajah berkenaan.

Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 September bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 September 2023 @ 8:28 AM