EZKIL Mustakim. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
EZKIL Mustakim. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
ROSLI bersama-sama dua anaknya yang lengkap beruniform hadir sejak awal pagi bagi menyambut Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya,  hari ini. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
ROSLI bersama-sama dua anaknya yang lengkap beruniform hadir sejak awal pagi bagi menyambut Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, hari ini. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Putrajaya: Selepas lebih 20 dekad berbakti, pesara tentera, Rosli Mustafa bertekad menerapkan semangat patriotisme kepada dua anaknya yang berusia lima dan enam tahun.

Rosli, 42, berkata, dia yang juga bekas anggota Pasukan Khas Udara (Paskau) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menempah khas uniform angkatan itu buat dua anak lelakinya dengan harapan dapat mewarisi legasinya sebagai seorang patriot.

"Bagi saya sebagai bekas anggota tentera, menyambut Hari Kebangsaan ini amat menyeronokkan, kita pun sudah 66 tahun merdeka.

"Hari ini saya dan isteri bawa anak-anak kami ke sini untuk naikkan semangat patriotisme mereka, saya tempah khas uniform (TUDM) untuk mereka dan kalau apa acara badan beruniform kami akan hadir," katanya kepada Harian Metro.

Rosli antara ribuan pengunjung yang membanjiri Dataran Putrajaya di sini, bersama rakan-rakan dan keluarga mereka sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Sambutan itu dimulakan tepat 8 lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, diiringi 14 tembakan sebagai simbolik kepada 14 jalur pada Jalur Gemilang.

Pengunjung, Ezkil Mustakim, 20, berkata, dia dan keluarganya yang datang dari Segamat, Johor tiba di dataran berkenaan sejak 11 malam semalam bagi mendapatkan tempat duduk terbaik bagi melihat perarakan.

"Kami berlima termasuk datuk berusia 79 tahun bertolak dari Segamat kira-kira 8 malam tadi.

"Saya hampir setiap tahun memang tidak pernah terlepas sambutan Hari Kebangsaan ini khususnya untuk melihat aset-aset pertahanan negara," katanya.

Antara persembahan menarik membabitkan acara terjun tepat dari pasukan Komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan aksi lompatan motosikal daripada pasukan akrobatik, Army Red Warrior Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Ogos 2023 @ 9:27 AM