BERNAMA

Kuala Lumpur: Laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) ditutup sementara waktu berikutan insiden nahas pesawat berhampiran lokasi berkenaan, hari ini.

Kumpulan Syarikat Prolintas (Prolintas) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan laluan berkenaan ditutup sehingga lokasi nahas dibersihkan dan siasatan selesai.

"Menurut laporan awal, kemalangan turut membabitkan sebuah motosikal. Pihak bomba, polis, ambulans dan Peronda GCE kini berada di lokasi kejadian untuk membersihkan serpihan nahas dan mengawal trafik," menurut kenyataan itu.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif.

Untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian hotline PROLINTAS di 1800 22 8888.

Menurut laporan media, 10 lelaki maut selepas pesawat ringan Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu terhempas di Bandar Elmina dekat Shah Alam, Selangor.

MAYAT mangsa dikeluarkan dari lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina. FOTO Asyraf Hamzah
MAYAT mangsa dikeluarkan dari lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina. FOTO Asyraf Hamzah

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Ogos 2023 @ 6:32 PM