FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Tujuh negeri termasuk Sarawak, Sabah dan Putrajaya dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di Facebook berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, Selangor dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka.

Menurutnya, selain itu Johor akan membabitkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Mersing.

"Amaran cuaca sama turut dikeluarkan di Sarawak membabitkan Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei, Sibu (Sibu), Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Miri (Subis dan Beluru).

"Sabah pula membabitkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mei 2023 @ 3:06 PM