SALAH sebuah kereta terbalik selepas kemalangan di jalan Felda Endau-Mersing, pagi tadi. FOTO Ihsan JBPM.
SALAH sebuah kereta terbalik selepas kemalangan di jalan Felda Endau-Mersing, pagi tadi. FOTO Ihsan JBPM.
Ali Iqbal


Mersing: Tiga kanak-kanak antara 10 yang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Felda Endau-Mersing, di sini, pagi tadi.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Alias Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.49 pagi.

Katanya, kemalangan berlaku membabitkan Toyota Vios, Toyota Camry dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Hyundai.

"Dua daripada tiga kanak-kanak yang cedera ialah mereka menaiki Toyota Camry dan manakala seorang lagi menaiki Hyundai.

"Lapan anggota bergegas ke lokasi bagi memberi bantuan kepada mangsa," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya lagi, pasukan keluaran operasi turut menghulurkan bantuan kepada pasukan perubatan untuk memindahkan mangsa ke bahu jalan.

"Mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2023 @ 9:49 PM