KEMPEN Hari Raya B5 Johor Street Market bertemakan Riang, Riuh, Raya @ B5 dibuka dari jam 11.30pagi hingga 12 tengah malam.
KEMPEN Hari Raya B5 Johor Street Market bertemakan Riang, Riuh, Raya @ B5 dibuka dari jam 11.30pagi hingga 12 tengah malam.
Oleh Suliati Asri


Bagi warga Johor yang mahu membuat persediaan menyambut lebaran lebih awal, Kempen Hari Raya B5 Johor Street Market yang diadakan di Pusat Komersil B5 Johor Street Market di bawah Johor Land Berhad pasti tidak mengecewakan.

Kempen Hari Raya B5 Johor Street Market bertemakan Riang, Riuh, Raya @ B5 berlangsung sejak 9 Mac lalu sehingga 21 April ini dibuka dari jam 11.30 pagi hingga 12 tengah malam.

Dengan slogan Jom Belanja Raya Awal di B5!, kempen berkenaan dianjurkan bagi menarik pengunjung untuk mula berbelanja awal, sekali gus dapat membantu dalam merancang perbelanjaan mereka pada musim perayaan ini.

Memenuhi keperluan pelanggan, terdapat lebih 100 vendor dari pelbagai jenama seperti Bulan Bintang, Elrah Exclusive, Adnaa, Fazura, Bawal Rozita Che Wan, Cipta, Intan Aziz, Wahdini dan ramai lagi.

Pelanggan juga berpeluang bertemu selebriti terkenal tanah air yang turut menjayakan kempen ini di booth-booth mereka di B5 Johor Street Market.

Selain jualan pakaian dengan fesyen tradisional dan terkini, B5 Johor Street Market juga ada menyediakan pelbagai pilihan kuih-muih dan kudapan raya untuk dijamu pada tetamu, Syawal nanti.

Sepanjang Ramadan ini juga, B5 Johor Street Market turut menganjurkan Bazar Iftar ke Moreh yang menawarkan pelbagai juadah berbuka dan moreh. Bazar ini akan beroperasi sehingga 12 tengah malam.

Replika rumah kampung dan nyalaan lampu likur di pentas utama yang diinspirasikan dari Rumah Tradisional Melayu bukan hanya mengimbau nostalgia beraya di kampung halaman tetapi turut menjadikan suasana memberi-belah lebih meriah.

Tidak hanya menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan, kempen Riang, Riuh, Raya @B5 di B5 Johor Street Market tahun ini juga menawarkan ganjaran menarik kepada semua pelanggan.

Pelanggan yang berbelanja RM200 dan ke atas dalam maksimum gabungan dua resit di mana-mana booth dan kedai, mereka berpeluang menyertai Cabutan Bonanza Riang Riuh Raya yang menawarkan duit raya tunai dan hadiah dengan jumlah keseluruhan sehingga RM20,000.

Bukan itu saja, pengunjung boleh menebus sampul raya dan kad raya eksklusif sepanjang tempoh kempen sementara stok masih ada (tertakluk kepada terma dan syarat).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2023 @ 7:40 AM