BUFET Ramadan di The Everly Putrajaya. FOTO ROHANIS SHUKRI
BUFET Ramadan di The Everly Putrajaya. FOTO ROHANIS SHUKRI
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Putrajaya: Orang ramai tidak harus melepaskan peluang mencuba 150 juadah masakan Malaysia dan Thailand melalui bufet Ramadan ditawarkan The Everly Putrajaya.

Koordinator bufet Ramadan The Everly Putrajaya, Azhran Fuad berkata, makanan citarasa Malaysia dan Thailand digelar dua sempadan ini memiliki keunikan serta keistimewaan tersendiri.

"Kita mahu puaskan hati pelanggan untuk berbuka puasa dengan pelbagai juadah istimewa makanan berasal dari

Malaysia dan Thailand.

"Antara makanan paling dinantikan orang ramai di hotel ini untuk berbuka puasa adalah daging kambing yang disediakan dengan cara berbeza," katanya.

Menurutnya, pakej bagi individu yang menempah awal sehingga 16 Mac lalu adalah RM108 untuk seorang.

"Bagaimanapun tempahan normal adalah RM128 seorang. Selain itu, kami juga menyediakan pakej bilik iaitu satu bilik bersaiz deluxe dengan harga RM400 untuk dua orang berbuka puasa serta bersahur," katanya.

Azhran berkata, pakej bufet Ramadan ini bermula pada 25 Mac sehingga 20 April hadapan.

ANTARA juadah yang disediakan di bufet Ramadan The Everly Putrajaya. FOTO ROHANIS SHUKRI
ANTARA juadah yang disediakan di bufet Ramadan The Everly Putrajaya. FOTO ROHANIS SHUKRI

"Selain berbuka puasa, orang ramai juga boleh menonton persembahan kumpulan muzik Seri Mahligai. Setakat ini, sambutan tempahan diterima daripada pelanggan bufet Ramadan The Everly Putrajaya amat menggalakkan," katanya.

Beliau juga turut memberikan jaminan bahawa makanan yang dimasak untuk bufet Ramadan ini tidak akan banyak pembaziran.

"Cef yang memasak biasanya mengikut kapasiti pelanggan yang hadir. Jadi tak banyak pembaziran, mungkin hanya dua peratus.

"Makanan yang tidak habis ini akan diproses menjadi baja kompos. Baja ini kemudian akan disedekahkan kepada nurseri," katanya.

Beliau berkata, bagi pelanggan yang mahu membayar zakat, pihak hotel juga menyediakan sebuah kaunter zakat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mac 2023 @ 4:08 PM