Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 hari ini. FOTO BERNAMA
Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 hari ini. FOTO BERNAMA
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Soal gerak kerja dan hala tuju parti, langkah pembetulan dan harapan yang dilontarkan sepanjang Perhimpunan Agung Umno (Pau) 2022 adalah petanda Umno perlu melakukan perubahan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sepanjang dua hari ini, mereka mendengar pelbagai lontaran pandangan, gesaan, cadangan serta kritikan membina.

"Soal gerak kerja dan hala tuju parti, langkah pembetulan serta harapan yang dilontarkan, adalah petanda perlunya Umno melakukan perubahan.

"Kita mesti sepakat sebagai sebagai sebuah keluarga besar Umno dan terus bergerak ke hadapan," katanya dalam catatannya di Facebook.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir dari Perlis sehingga ke Sabah.

"Saya yakin komitmen perwakilan kepada perjalanan Perhimpunan Agung, adalah atas dasar kecintaan serta tanggungjawab untuk sama-sama membawa parti bergerak ke hadapan dalam realiti politik baharu.

"Saya juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada urus setia yang sudah menguruskan dan mengelolakan Perhimpunan kali ini dengan baik," katanya.

Pau 2022 berlangsung selama empat hari di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, bermula Rabu lalu dan melabuhkan tirainya semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 January 2023 @ 9:55 AM