ANGGOTA penyelamat menggunakan anjing pengesan ketika melakukan SAR mangsa tanah runtuh di Father Organic Farm. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
ANGGOTA penyelamat menggunakan anjing pengesan ketika melakukan SAR mangsa tanah runtuh di Father Organic Farm. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Raja Noraina Raja Rahim


Hulu Selangor: Lapan anjing pengesan direhatkan seketika akibat kepenatan selepas terbabit operasi mencari dan menyelamat (SAR) tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali di sini, petang ini.

Daripada jumlah itu, enam dari Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) manakala dua daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesemua 'hero' itu keluar dengan diiringi pengendali masing-masing kira-kira 4 petang.

Misi SAR memasuki hari keempat dan setakat 4 petang, masih tiada sebarang perkembangan mengenai penemuan mangsa.

Sembilan mangsa dilaporkan hilang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan tanah manakala 24 mangsa dilaporkan terkorban.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2022 @ 5:46 PM