SEBANYAK 30 pasukan media menyertai pertandingan DRB-HICOM Media Bowling Challenge 2022.
SEBANYAK 30 pasukan media menyertai pertandingan DRB-HICOM Media Bowling Challenge 2022.
Asrizal Aris


Petaling Jaya: Tuah kelebihan hanya satu jatuhan pin membolehkan pasukan boling Harian Metro muncul juara pada Kejohanan DRB-HICOM Media Bowling Challenge 2022 yang berlangsung di Wangsa Bowl, One Utama, di sini, semalam.

Lebih istimewa kejayaan itu sekali gus melunaskan 'dendam' tiga tahun lalu selepas hanya meraih kedudukan naib juara pada anjuran kejohanan sama.

Pada acara kali ini, sebanyak 30 pasukan membabitkan 17 agensi media tempatan menyertai kejohanan besar berkenaan.

Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-Hicom, Mahmood Razak Bahman berkata, acara tahunan itu bertujuan merapatkan silaturahim dan menghargai sumbangan media dalam membantu menyalurkan maklumat berkaitan syarikat berkenaan kepada umum.

"Kebiasaannya acara tahunan ini diadakan di sekitar Lembah Klang, tetapi kemungkinan tahun hadapan kita akan anjurkan di bandar lain supaya media di negeri lain dapat menyertainya.

"Saya juga gembira melihat beberapa agensi media baharu menyertai pertandingan tahun ini. Saya berharap lebih ramai warga media akan menyertai pertandingan ini pada masa akan datang yang," katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.

Pasukan boling Harian Metro yang diwakili Pengarang Berita; Mohd Jamilul Anbia Md Denin, wartawan; Asrizal Aris, Jabatan sumber NSTP; manusia Wan Huzairy Hussin dan Muhammad Shah Iqbal Mat Shaharuddin mencatatkan 1,565 jatuhan pin pada pertandingan boling tiga pusingan itu.

Ini sekali gus membolehkan wakil Harian Metro membawa pulang hadiah RM2,000 serta kad hadiah Petronas berjumlah RM400.

Naib juara diraih pasukan Bernama Perpaduan A dengan 1,564 jatuhan pin diikuti Bernama Perpaduan B (1,531 pin) di tempat ketiga.

Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima baucar RM1,600 dan RM1,200.

Selain hadiah utama dan saguhati, kejohanan itu turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah dan balingan strike tertinggi kategori lelaki dan wanita.s

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2022 @ 5:24 PM