HISHAMMUDDIN (kiri) dan Hasni (tengah) serta Aziz bertanding di kerusi Parlimen Sembrong. FOTO Mohamad Fahd Rahmat
HISHAMMUDDIN (kiri) dan Hasni (tengah) serta Aziz bertanding di kerusi Parlimen Sembrong. FOTO Mohamad Fahd Rahmat
Mohamad Fahd Rahmat


Image

Kluang: Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengesahkan kerusi Parlimen Sembrong bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ditandingi wakil Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Ketua UMNO Bahagian Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein mewakili BN ditemani pencadang R Vidyanathan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang dan penyokong Teoh Yup Kun yang juga mantan ADUN Paloh.

Manakala, PH diwakili Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Hasni Abas yang ditemani Abdul Aziz Rahim selaku pencadang dan Mazerol Way Ah Lon selaku penyokong.

PN pula diwakili Aziz Ismail yang juga Ketua Penerangan Sembrong ditemani pencadang Shamsul A Rahim penyokong Jailani Bies.

Terdahulu semua calon berkenaan tiba di Dewan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) Paloh bagi proses penamaan calon Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Parlimen (P153) Sembrong.

Pegawai Pengurus Jamaludin A Hamid yang juga Pegawai Daerah Kluang mengumumkan masa penyerahan borang penamaan calon tamat pada 10 pagi tadi.

Terdapat 54,982 jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Sembrong pada PRU kali ini.

Pada Pilihanraya Umum ke-14 lalu, Hishammuddin selaku peyandang menang Parlimen Sembrong dengan meraih sebanyak 21,353 undi dan menang dengan majoriti 6,662 undi.

Beliau menewaskan calon PKR iaitu Onn Abu Bakar yang meraih 14,691 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 11:23 AM