GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mohd Roji Kawi


Kuching: Peingkatan paras air di Sungai Rajang semakin membimbangkan apabila dua stesen hidrologi di sungai berkenaan mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya, 9.45 pagi hari ini.

Laman web rasmi Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan bacaan paras air di stesen Punan Bah B di Kapit dicatatkan pada paras 11.77 meter (m) iaitu 0.77m melepasi paras bahaya.

Stesen di Sungai Salim B di Sibu pula mencatatkan paras air 3.33m iaitu 0.23m melepasi paras bahaya.

Bacaan di lima lagi stesen melebihi tahap waspada iaitu di Stesen Batu Niah Bazaar di Miri, Stesen Kapit New Headwork dan Stesen Kapit Town di Kapit serta Stesen Renan Kemiding dan Stesen Sungai Merah di Sibu.

Stesen Batu Niah Bazaar mencatat paras air 2.94m iaitu 0.32m melebihi tahap waspada; Stesen Kapit New Headwork pula setinggi 14.52m iaitu 2.42m melepasi tahap waspada; Stesen Kapit Town setinggi 14.05m iaitu 2.15m melepasi tahap waspada; Stesen Renan Kemiding setinggi 6.92m iaitu 0.71m melepasi tahap waspada manakala Stesen Sungai Merah setinggi 2.58m iaitu 0.08m di atas paras waspada

Sementara itu lima lagi stesen melebihi paras amaran iaitu Stesen Long Teru di Miri setinggi 7.42m (0.42m di atas paras amaran), Stesen Jabatan Laut Sibu setinggi 2.85m (0.25m), Stesen Kanowit Town setinggi 5.2m (0.11m) dan Stesen Sungai Bidut di Sibu setinggi 3.14m (0.16m).

Satu lagi stesen di Bekenu, Miri mencatatkan paras normal iaitu 0.99m namun pemantauan menunjukkan trend paras air menaik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Oktober 2022 @ 10:40 AM