KOMPLEKS Mahkamah Sepang. FOTO arkib NSTP
KOMPLEKS Mahkamah Sepang. FOTO arkib NSTP
Noor Atiqah Sulaiman


Sepang: Lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan menjual gambar lucah menerrusi Twitter pada Mei 2019.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohammad Hafizzul Anas Kamaruzaman, 30, selaku Orang Kena Saman (OKS) melakukan kegiatan berkenaan dalam keadaan sedar memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersil.

Bagi hantaran yang dilihat pada 17 Mei 2019, 10.50 pagi di Menara MCMC 1 di Cyberjaya, OKS didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Mahkamah menetapkan 19 Julai bagi sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Nazrul Nizam Mohd Zameri manakala OKS tidak diwakili peguam.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2022 @ 12:20 PM