WANITA warga emas yang hilang diselamatkan pasukan bomba dengan bantuan PDRM, APM dan 49 penduduk kampung. FOTO Ihsan JBPM
WANITA warga emas yang hilang diselamatkan pasukan bomba dengan bantuan PDRM, APM dan 49 penduduk kampung. FOTO Ihsan JBPM
Recqueal Raimi

Tuaran: Wanita warga emas yang dilaporkan hilang di kebun getah sejak 4 Mei lalu ditemukan dalam keadaan lemah di kawasan hutan di Kampung Malangkap Kapa, di sini, hari ini.

Pasukan penyelamat menemui mangsa, Gorin Galais, 74, pada 10.30 pagi kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, mangsa ditemui dalam keadaan lemah, namun tidak mengalami kecederaan.

Katanya, seramai lima anggota dan lima pegawai Pasukan Bomba Bantuan (PBB) dikerah ke lokasi untuk bantuan.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua, hari ini menemui mangsa dalam keadaan letih sejauh 1.36 kilometer dari lokasi pos kawalan.

"Mangsa kemudian dibawa keluar dari kawasan hutan menggunakan pengusung dan dihantar ke Hospital Kota Belud untuk menjalani pemeriksaan kesihatan," katanya.

Terdahulu, operasi SAR dimulakan dengan membabitkan penduduk kampung, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba sendiri dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).

Berita berkaitan

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2022 @ 2:20 PM