BERNAMA

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hampir pulih sepenuhnya selepas dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada Sabtu lalu.

Menerusi video dimuat naik di laman Facebook (FB) hari ini, Dr Mahathir memaklumkan beliau kini sudah mampu melakukan pelbagai aktiviti harian dan berharap untuk pulih sepenuhnya.

"Adakalanya saya taklah berharap untuk pulih, tetapi Alhamdulillah, dengan rawatan diberi di IJN, saya pulih.

"Waktu ini saya boleh berjalan, makan, tidur, duduk. Saya hampir macam biasa, tapi tidak begitu kuat untuk buat kerja sebagainya. Tapi saya berharap saya boleh pulih," katanya.

DR Mahathir di Tasik Putrajaya, hari ini. FOTO FB Dr Mahathir Mohamad
DR Mahathir di Tasik Putrajaya, hari ini. FOTO FB Dr Mahathir Mohamad

Dr Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dirinya sehingga berjaya pulih daripada penyakit yang disifatkan beliau sebagai amat teruk.

Menerusi satu lagi hantaran di FB, Dr Mahathir turut berkongsi gambar beliau beriadah di sekitar Tasik Putrajaya, pagi ini dengan ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Sebelum ini, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk menjalani prosedur perubatan elektif.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Februari 2022 @ 6:22 PM