POLIS memburu dua suspek kes pecah rumah di Taman Kota Masai, Pasir Gudang. FOTO ihsan polis
POLIS memburu dua suspek kes pecah rumah di Taman Kota Masai, Pasir Gudang. FOTO ihsan polis
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Polis sedang mengesan dua suspek pecah rumah bersenjatakan pisau serta menggunakan topeng 'anonymous vendetta hacker' di Millsgate, Eco Tropic, Taman Kota Masai di Pasir Gudang, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu seorang wanita berusia 38 tahun pada 3 Februari lalu.

Beliau berkata, mangsa turut memuatnaik kejadian yang membabitkan dua suspek itu di laman sosial Facebook (FB).

"Polis sedang memburu suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Hafizudin Mohamad di talian 010-4008030 atau 07-3864222," katanya.

Menerusi rakaman rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di FB, dua suspek bertubuh kurus, berbaju T hitam dan berseluar pendek bergerak secara bebas di kediaman bertingkat itu pada 3 pagi.

Malah, terdapat rakaman menunjukkan mereka turut menggunakan pelitup muka berwarna hitam selain topeng 'anonymous vendetta hacker'.

Kejadian itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen berikutan ia berlaku di kawasan perumahan berpagar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Februari 2022 @ 12:03 AM