SERPIHAN yang ditemui.
SERPIHAN yang ditemui.
Mary Victoria Dass


Kota Tinggi: Polis Johor menjalankan siasatan berkaitan penemuan objek menyamai serpihan kapal atau kapal terbang di pesisir pantai hotel di Desaru, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, serpihan berkenaan ditemui oleh pekerja hotel berkenaan kira-kira 6 petang.

Beliau berkata, polis menerima laporan daripada orang awam berkaitan penemuan objek berkenaan, semalam.

"Saya kurang pasti berkaitan teori mengaitkan penemuan serpihan itu.

"Cuma setakat ini, pihak polis masih dalam siasatan lagi bagi mengetahui dan menentukan jenis serpihan yang ditemui.

"Ia bagi menentukan sama ada ia ada kaitan dengan objek kapal terbang, kapal atau lain-lain kompenan objek berkaitan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan serpihan itu kelihatan seperti ia agak lama berada di perairan dan memiliki warna merah dan biru.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 January 2022 @ 11:33 AM