MANGSA berjaya diselamatkan selepas sesat lebih 12 jam ketika mendaki Bukit Pancang Tinagat, di sini, malam tadi. FOTO Ihsan Bomba
MANGSA berjaya diselamatkan selepas sesat lebih 12 jam ketika mendaki Bukit Pancang Tinagat, di sini, malam tadi. FOTO Ihsan Bomba
Abdul Rahemang Taiming


Tawau: Empat wanita yang dilaporkan hilang ditemukan selamat selepas sesat lebih 12 jam ketika mendaki Bukit Pancang Tinagat, dekat sini, semalam.

Kesemua mangsa yang juga guru berusia 25 hingga 27 tahun itu berjaya diselamatkan oleh anggota bomba sebelum dibawa turun kira-kira jam 12.34 tengah malam tadi.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Julius John Stphen Jr. berkata, gerakan mencari dan menyelamat dilakukan sebaik laporan mengenai kejadian itu diterima pada jam 8 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba, polis serta 'Team Hiking' dan penduduk kampung menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan bukit berkenaan.

"Mangsa Nurzalina Suani, 27; Sharmila Maksum, 25, Dayang Noraisyah Faizal, 26; dan Juliana Julasri, 25, berjaya ditemukan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan sebelum dibawa turun ke kaki bukit.

"Pasukan EMRS seterusnya menjalankan pemeriksaan keadaan fizikal sebelum mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya sambil menambah operasi tamat sepenuhnya pada jam 1 pagi.

Terdahulu, kesemua mangsa dilaporkan hilang selepas dipercayai sesat dan gagal mencari laluan keluar dari kawasan bukit berkenaan.

Berita berkaitan:

  • 4 wanita hilang ketika mendaki bukit
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 November 2021 @ 8:27 AM