SAM Ke Ting (kanan) dibebaskan dan dilepaskan dari pertuduhan memandu secara melulu dan menyebabkan kematian 8 remaja basikal lajak empat tahun lalu di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan
SAM Ke Ting (kanan) dibebaskan dan dilepaskan dari pertuduhan memandu secara melulu dan menyebabkan kematian 8 remaja basikal lajak empat tahun lalu di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan
Mohamed Farid Noh

Johor Bahru: Jabatan Pendakwaan Negeri Johor akan membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Majistret, hari ini yang melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, empat tahun lalu.

Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman berkata, rayuan berkenaan akan difailkan dalam masa terdekat.

"Kita akan berbincang dahulu dengan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya sebelum memfailkan rayuan dalam tempoh 10 hari ini," katanya selepas prosiding di Mahkamah Majistret.

Mahkamah Majistret di sini, hari ini, dilapor mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, empat tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Siti Hajar Ali selepas Sam Ke Ting, 26, diarahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi pada Februari lalu.

Sementara itu, Ke Ting ketika ditemui di pekarangan mahkamah mengelak daripada ditemubual dan enggan memberi sebarang reaksi susulan keputusan itu.

Peguam mewakilinya, Muhammad Faizal juga tidak mengulas lanjut.

"Buat masa ini, kami tiada sebarang komen. Kes masih belum selesai, kita jangka pihak pendakwaan akan buat rayuan," katanya.

Berita berkaitan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Oktober 2021 @ 4:34 PM