ANTARA individu ditahan dalam Ops Noda di sebuah premis di Taman Daya disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran. FOTO Ihsan Polis
ANTARA individu ditahan dalam Ops Noda di sebuah premis di Taman Daya disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran. FOTO Ihsan Polis
Omar Ahmad.


Johor Bahru: Sekumpulan 11 individu termasuk lima wanita ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran di sebuah premis di Taman Daya, di sini, semalam.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, dalam kejadian 5.45 petang itu kesemua yang ditahan dalam Ops Noda berusia 23 hingga 36 tahun.

Katanya kesemua mereka ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran dan melanggar prosedur standard operasi (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa Satu.

"Dalam serbuan itu tujuh warga tempatan ditahan, manakala empat lagi adalah warga asing iaitu dua warga Thailand dan dua warga Myanmar.

"Penjaga permis dikeluarkan kompaun RM10,000 manakala warga tempatan yang diperiksa dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang kerana tidak mengamalkan penjarakan sosial," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Padzli berkata, kesemua suspek direman bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 373 Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyan 55B Akta Imigresen 1959/63.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Ogos 2021 @ 9:24 PM