Mayat wanita ditemui dalam keadaan meniarap dengan kesan terbakar pada badan di padang bola Taman Bidara, Bukit Idaman, Selayang, di sini, hari ini.
Mayat wanita ditemui dalam keadaan meniarap dengan kesan terbakar pada badan di padang bola Taman Bidara, Bukit Idaman, Selayang, di sini, hari ini.
Muhaamad Hafis Nawawi


Gombak: Mayat wanita ditemukan dalam keadaan meniarap dengan kesan terbakar pada badan di padang bola Taman Bidara, Bukit Idaman, Selayang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu pada 7.30 pagi.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

"Siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa berusia 32 tahun berasal dari Selayang pergi ke lokasi pada 1 pagi tadi.

"Sejurus tiba, mangsa keluar dari kenderaannya dan berjalan menuju ke arah padang bola bersama satu objek menyerupai tong plastik," katanya.

Turut dijumpai di tempat kejadian adalah barang peribadi dan barang kemas milik mangsa.

Katanya, hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Ogos 2021 @ 5:45 PM