GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Roji Kawi


Kuching: Empat individu termasuk ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Betong yang dilaporkan meninggal dunia ditahan bagi membantu siasatan kes dera.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Zamry Alli berkata, mereka yang ditahan berusia antara 22 hingga 65 tahun adalah ahli keluarga kanak-kanak malang itu.

"Permohonan reman akan dibuat bagi membolehkan semua suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zamry berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Hospital Betong mengenai kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia dipercayai mangsa dera.

Berikutan itu, polis ke Hospital Betong dan mengesahkan seorang kanak-kanak meninggal dunia ketika dihantar oleh keluarganya ke hospital itu pada jam 3 petang.

"Pegawai perubatan memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati ada beberapa kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan kanak-kanak itu yang dipercayai punca kematiannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Jun 2021 @ 11:48 AM