GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Amirul Aiman Hamsuddin

Kuala Selangor: Pihak Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) akan menutup kesemua operasi lorong tambah nilai di plaza tol seliaannya sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Latar menerusi pengumuman di laman Facebook rasmi berkata, langkah itu diambil berikutan situasi Covid-19 yang semakin membimbangkan.

"Mengambil kira situasi pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan, Lorong Tambah Nilai di semua plaza tol Latar akan ditutup.

"Penutupan itu sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian," katanya hari ini.

Sehubungan itu, katanya, pengguna dinasihatkan supaya memastikan baki kad Touch n Go mencukupi sebelum meneruskan perjalanan.

"Mohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Mei 2021 @ 3:18 PM