Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. FOTO IHSAN PMO
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. FOTO IHSAN PMO
BERNAMA

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan negatif Covid-19 selepas memperoleh keputusan ujian calitan pada hari keenam beliau menjalani Perintah Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO), hari ini.

Katanya, Beliau menjalani HSO sebaik tiba tiba di Kuala Lumpur dari Abu Dhabi bersama delegasi pada jam 9.34 malam 11 Mac lalu selepas melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Semalam saya menjalani ujian swab (calitan) saringan Covid-19 hari kelima HSO selepas kembali dari lawatan rasmi di Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

"Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, hari ini, hari kuarantin yang keenam, saya mendapat keputusan ujian saringan dan disahkan negatif," katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya.

Muhyiddin berkata beliau dan seluruh delegasi diberikan HSO untuk tempoh tujuh hari dan turut dipakaikan gelang pengawasan.

"Sepanjang lawatan rasmi enam hari di Arab Saudi dan UAE, saya dan delegasi menjalani sebanyak lima ujian swab saringan COVID-19 bagi memastikan risiko jangkitan virus berkenaan ke atas saya dan delegasi sentiasa dipantau," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 4:50 PM