PESAKIT asma sanggup berjimat cermat menggunakan duit BPR untuk membeli bekalan dadah ditahan di rumahnya di Kampung Tasik Tok Lebai, Jertih, Besut kira-kira tiga pagi tadi. FOTO IHSAN AADK
PESAKIT asma sanggup berjimat cermat menggunakan duit BPR untuk membeli bekalan dadah ditahan di rumahnya di Kampung Tasik Tok Lebai, Jertih, Besut kira-kira tiga pagi tadi. FOTO IHSAN AADK
Nurul Fatihah Sulaini


Jertih: Seorang pesakit asma sanggup berjimat cermat menggunakan wang Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk membeli bekalan dadah.

Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut Noor Hafizza Mat Zin berkata, kegiatan penganggur berusia 29 tahun itu terbongkar selepas ditahan pada Operasi Cegah dijalankan di Kampung Tasik Tok Lebai di sini, jam 3 pagi tadi.

Katanya, pada operasi itu, dua lagi lelaki yang juga penagih dadah turut ditahan.

"Ketika ditahan, lelaki itu sedang tidur. Dia yang menghidap asma kronik bergantung kepada bantuan alat sedut pelega (inhaler).

"Hasil soal siasat, lelaki itu mengaku menagih dadah dan membeli dadah berkaitan dengan menggunakan wang BPR RM150 diperolehnya pada hujung bulan lalu," katanya dihubungi.

Hafizza berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif Methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mac 2021 @ 1:59 PM