ZULKARNAIN (dua kiri) menyampaikan bantuan kepada  anggota dan kakitangan yang ditenggelami banjir di Kampung Gong Pauh. FOTO ZAID SALIM
ZULKARNAIN (dua kiri) menyampaikan bantuan kepada anggota dan kakitangan yang ditenggelami banjir di Kampung Gong Pauh. FOTO ZAID SALIM
Zaid Salim

Chukai: Hampir seminggu banjir di Kemaman surut, kerja pembersihan masih dilakukan terutama bagi mangsa yang kediaman mereka teruk terjejas akibat bencana itu.

Turut terjejas termasuk kediaman anggota pasukan keselamatan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta 11 kediaman anggota dan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sehubungan itu, Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin bersama 30 ahli Rakan Pembimbing Penjawat Awam (Akrab) JPJ Terengganu bergotong-royong membersihkan kediaman mangsa menerusi program bantuan banjir jabatan berkenaan, semalam.

Pengerusi AKRAB JPJ Terengganu, Mohamad Ali Jaafar berkata, selain membersih kediaman, Akrab turut menyampaikan sumbangan makanan, barangan keperluan dapur dan wang tunai bagi meringankan beban anggota serta kakitangan terbabit.

"Seramai 11 anggota dan kakitangan bertugas di daerah ini terjejas apabila kediaman mereka ditenggelami air antara 0.3 meter hingga satu meter.

"Akrab sentiasa prihatin dan membantu ahlinya yang ditimpa musibah dan bencana lain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 7:48 PM