ANTARA haiwan yg di beri makanan oleh Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM). FOTO Ihsan Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM)
ANTARA haiwan yg di beri makanan oleh Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM). FOTO Ihsan Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM)
Hajar Umira Md Zaki

Kuala Lumpur: Jika dulu ratusan ringgit boleh diraih persatuan haiwan hanya dalam masa satu hari namun sejak pandamik Covid-19 melanda, sumbangan rakyat kepada mereka kian merosot.

Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM), R. Kalaivanan, 31, berkata, pihaknya kini terkesan disebabkan kekurangan dana.

"Dana kami ketika wabak Covid-19 memang berkurangan, bukan macam sebelum ini, boleh kutip cukup untuk sebulan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

ANTARA haiwan yg di beri makanan oleh Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM). FOTO Ihsan Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM)
ANTARA haiwan yg di beri makanan oleh Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM). FOTO Ihsan Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM)

Katanya, biarpun terjejas, SAFM mengambil inisiatif untuk terus membantu dengan memberi makanan kering kepada mereka yang gemar memberi makanan kepada haiwan jalanan.

"Ahli persatuan masih bekerja, kita ada memberi makanan secara berkumpulan di sekitar Gombak, Batu Caves, Selayang dan Kepong. Kami juga memberi bantuan kepada ahli kumpulan di negeri lain seperti Johor dan Kelantan," katanya.

Menurutnya, bantuan makanan kering kepada ahli persatuan atau pemilik haiwan persendirian diagihkan secara pos.

Orang awam boleh menyalurkan bantuan ke nombor akaun Affin Bank 100040234095 atas nama Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2020 @ 5:42 PM