GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing turun empat sen seliter manakala harga runcit diesel turun satu sen seliter bagi 10 hingga 16 Oktober ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97 turun daripada RM2.01 seliter kepada RM1.97 seliter dan RON95 daripada RM1.71 seliter kepada RM1.67 seliter.

"Harga runcit diesel turun sebanyak satu sen seliter iaitu daripada RM1.70 seliter kepada RM1.69 seliter.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

"Harga minyak di negara ini adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2020 @ 5:31 PM