SEORANG lelaki berdepan detik cemas ketika mahu memarkir keretanya, apabila tertekan pedal minyak sebelum kenderaan dinaikinya merempuh sebuah restoran makanan segera, di Taman Tasek, malam tadi. FOTO IHSAN PDRM
SEORANG lelaki berdepan detik cemas ketika mahu memarkir keretanya, apabila tertekan pedal minyak sebelum kenderaan dinaikinya merempuh sebuah restoran makanan segera, di Taman Tasek, malam tadi. FOTO IHSAN PDRM
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Seorang lelaki merempuh sebuah restoran makanan segera di Taman Tasek, di sini, malam tadi, akibat tertekan pedal minyak ketika mahu memarkir keretanya.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, lelaki berusia 49 tahun terbabit bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan, selain ketika kejadian tiada pelanggan di restoran makanan segera berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta berkenaan ketika mahu memarkir kenderaannya di kawasan stesen minyak berhampiran restoran makanan segera itu.

"Mangsa tertekan pedal minyak kenderaannya ketika tiba di petak parkir di situ sebelum merempuh cermin besar di hadapan restoran makanan segera itu.

"Akibat kemalangan itu, cermin besar restoran makanan segera berkenaan mengalami kerosakan manakala pemandu itu tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Padzli berkata, siasatan lanjut terhadap kes berkenaan sedang dilakukan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2020 @ 4:12 PM