GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


MAJORITI pembaca Harian Metro setuju Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) wajar dilanjutkan selepas dijadualkan berakhir hujung bulan ini.

Undian sama ada wajarkah PKPP dilanjutkan selepas berakhir 31 Ogos ini dibuat menerusi media sosial dengan 13,957 penyertaan di Facebook dan 1,443 di Twitter selepas sehari.

Di Facebook, 12,013 membuat undian wajar sementara 1,944 tidak wajar disambung PKPP manakala melalui undian di Twitter pula 81.3 peratus bersetuju ia disambungkan sementara 18.7 peratus tidak bersetuju.

Status berkaitan PKPP dijangka diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas, malam ini.

Muhyiddin dijadualkan menyampaikan ucapan pada 8 malam dan ia akan disiarkan di semua platform RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Kerajaan kemudian mula melonggarkan PKP pada 4 Mei, dengan mengumumkan PKP bersyarat (PKPB) yang kemudian beralih ke PKPP bermula 10 Jun lalu.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan mengesyorkan PKPP dilanjutkan sehingga jangkitan Covid-19 di negara ini terkawal selepas ia akan tamat pada 31 Ogos ini.

Berita berkaitan:

  • PKPP: Perutusan khas PM malam ini
  • KKM saran MKN lanjutkan PKPP
  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2020 @ 4:57 PM