POLIS menahan lima lelaki yang terbabit dengan kegiatan rokok seludup dalam operasi dilakukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, di Masai, Johor, semalam.
POLIS menahan lima lelaki yang terbabit dengan kegiatan rokok seludup dalam operasi dilakukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, di Masai, Johor, semalam.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

POLIS menahan lima lelaki dipercayai terbabit dengan kegiatan rokok seludup dalam operasi dilakukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, semalam.

Pengarah KDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, suspek berusia 21 hingga 49 tahun itu ditahan di Masai, Johor.

"Polis merampas 4.1 juta batang rokok seludup pelbagai jenis bernilai RM3 juta. Turut dirampas dua lori dan dua kereta.

"Susulan daripada siasatan dan maklumat tambahan diperolehi daripada suspek, polis menahan seorang lelaki bersama lori tujuh tan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rokok dan kenderaan dirampas adalah RM6.3 juta.

Menurutnya, semua suspek kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bharu Selatan selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2020 @ 10:40 PM