Wan Ahmad Hasbi Wan Jusoh (dua dari kiri) bersama rombongan SK Keluang mengunjungi rumah muridnya untuk menyampaikan bantuan Infaq Ramadan, hari ini di Keluang, Besut. FOTO ihsan SK Keluang
Wan Ahmad Hasbi Wan Jusoh (dua dari kiri) bersama rombongan SK Keluang mengunjungi rumah muridnya untuk menyampaikan bantuan Infaq Ramadan, hari ini di Keluang, Besut. FOTO ihsan SK Keluang
Nurul Fatihah Sulaini


WARGA Sekolah Kebangsaan Keluang di Besut, mengumpul dana berjumlah RM5,000 bagi digunakan untuk membantu keluarga memerlukan, khasnya keluarga murid yang menjalani ibadat Ramadan dalam keadaan serba kekurangan.

Guru besarnya, Wan Ahmad Hasbi Wan Jusoh berkata, inisiatif itu diambil Kelab Guru, panitia Agama Islam serta sumbangan daripada warga sekolah selain individu.

"Sumbangan Infaq Ramadan diagihkan dalam bentuk wang tunai serta barangan keperluan kepada 50 keluarga.

"Proses agihan dibuat di dua lokasi iaitu di sekolah dan kediaman murid," katanya ketika menziarah keluarga seorang murid di kawasan berhampiran sekolah.

Rombongan disertai guru sekolah serta wakil Pejabat Pendidikan Daerah Besut.

"Kita terpanggil untuk membantu mereka kerana ada dalam kalangan keluarga ini terjejas punca pendapatannya.

"Sebahagian besar pendapatan keluarga ini bergantung kepada hasil pertanian.

"Ada yang mengambil upah menghasilkan daun rokok daripada daun nipah dan ada yang bekerja sebagai pembantu kedai," katanya.

Sumbangan itu diharap membantu meringankan beban keluarga terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2020 @ 8:28 PM