KEADAAN rumah yang ditenggelami air akibat banjir kilat di Kampung Tersusun Sengat, Simpang Pulai. FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN rumah yang ditenggelami air akibat banjir kilat di Kampung Tersusun Sengat, Simpang Pulai. FOTO Ihsan Bomba
Balqis Jazimah Zahari


HUJAN lebat berterusan di Tapah dan Simpang Pulai di Perak sejak petang semalam mengakibatkan banjir kilat sehingga menjejaskan 52 penduduk membabitkan 11 keluarga di kawasan itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, masing-masing di Dewan Kuil Sri Thandayuthapaani di Kampung Sami, Tapah dan Dewan Serbaguna Taman Bersatu di Kampung Tersusun Sengat, Simpang Pulai.

Katanya, semua penduduk yang terjejas di kawasan itu sudah dipindahkan di kedua-dua PPS terbabit.

"Air naik sehingga 0.9 meter, satu PPS dibuka di daerah Kinta dengan menempatkan seramai 33 orang daripada lima keluarga

"Manakala PPS yang dibuka di daerah Batang Padang pula menempatkan seramai 19 orang daripada enam keluarga. Air turut naik setinggi 0.9 meter di kawasan itu" katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mei 2020 @ 12:05 AM