Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Onn Hafiz Ghazi (kanan) ketika menyerahkan sumbangan makanan asas kepada Pengurus SWM Environment Sdn Bhd, Cawangan Simpang Renggam Nazmi Baharin di Pejabat UMNO Bahagian Simpang Renggam.. FOTO ADNAN IBRAHIM
Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Onn Hafiz Ghazi (kanan) ketika menyerahkan sumbangan makanan asas kepada Pengurus SWM Environment Sdn Bhd, Cawangan Simpang Renggam Nazmi Baharin di Pejabat UMNO Bahagian Simpang Renggam.. FOTO ADNAN IBRAHIM
Adnan Ibrahim


DUA puluh lima pekerja bahagian pembersihan SWM Environment Sdn Bhd yang bertugas di pekan ini menerima sumbangan makanan asas daripada UMNO Bahagian Simpang Renggam hari ini.

Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya tidak terlepas pandang dengan kumpulan pekerja ini.

“Pengorbanan kumpulan petugas ini perlu diberi perhatian kerana ketika orang ramai berada di rumah, mereka pula berdepan risiko dijangkiti Covid-19 demi menunaikan tanggungjawab mengutip sampah dari rumah ke rumah.

“Sebagai penghargaan, kami berbesar hati menyumbang makanan asas sebagai usaha membantu mereka meringankan kos perbelanjaan harian keluarga,” katanya.

Onn Hafiz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada Pengurus SWM Environment Sdn Bhd, Cawangan Simpang Renggam Nazmi Baharin di Pejabat UMNO Bahagian Simpang Renggam dekat sini.

Dalam pada itu, Onn Hafiz tetap berharap pengurusan SWM terus memastikan semua kakitangan mereka yang bertugas di lapangan mengambil langkah keselamatan sewajarnya untuk mengelak jangkitan Covid-19.

Sementara itu, Nazmi berterima kasih atas keprihatinan terhadap kakitangan SWM berkenaan.

“Sumbangan ini amat besar ertinya buat mereka,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2020 @ 1:05 PM