Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di MAEPS.
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di MAEPS.
Amir Abd Hamid


SERAMAI 2,359 sukarelawan dari pelbagai kategori sudah menawarkan diri

untuk berkhidmat di hospital Kementerian Kesihatan (KKM) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM sangat menghargai perkhidmatan sukarelawan kesihatan dan perubatan dari pelbagai peringkat dalam menangani penularan Covid-19 di negara ini.

Menurutnya, sukarekawan yang tampil menawarkan khidmat itu terdiri daripada 65 pakar perubatan pelbagai bidang, 159 pegawai perubatan, 909 jururawat, 220 juruteknologi makmal perubatan, 704 penolong pegawai perubatan, 106 juru x-ray, 56 fisioterapi, 70 pegawai sains (Mikrobiologi), tujuh pegawai farmasi, 44 penolong pegawai farmasi, 11 pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dua pegawai psikologi dan enam kaunselor.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, KKM sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk segera memperhalusi mekanisma lantikan secara kontrak bagi pengamal perubatan yang berhasrat untuk berkhidmat dengan KKM dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 ini.

“KKM sangat mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan dan mereka yang ingin berkhidmat dengan KKM untuk tampil menyertai pasukan bantuan kesihatan dan perubatan Covid-19.

“Mereka boleh mengisi Borang Pendaftaran Anggota Sukarelawan Pasukan Bantuan

Kesihatan Dan Perubatan Covid-19,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, mereka yang ingin berbakti di fasiliti kesihatan awam seperti di klinik kesihatan, pejabat kesihatan daerah, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan sebagainya boleh mendaftar di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdnO5pPnHNCFl

Q9QnaNk224JI0nZBcvNh4wKasLFpxfbAsMKQ/viewform?usp

=pp_url.

Menurutnya, mereka yang ingin berbakti di hospital KKM pula boleh mendaftar di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScTmWCBfjKeKK

8pLHU26HAsZPn3pIbs8LzXESb9Jx7gKyxJLg/viewform?usp=

sf_link.

Menurutnya, KKM juga mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan sesetengah pihak dalam berkongsi maklumat berkaitan pemakanan sihat bagi melawan virus SARS-CoV-2 dan jangkitan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, katanya, KKM mendapati terlalu banyak dakwaan dan testimoni yang menyatakan pengambilan sesuatu jenis makanan, suplemen atau amalan perubatan tertentu yang berkemampuan menyembuhkan jangkitan ini.

“Untuk makluman, setakat hari ini, belum ada sebarang kajian saintifik yang dapat membuktikan mana-mana jenis makanan atau perubatan tradisional yang boleh menghalang jangkitan virus ini.

“Bagi memastikan tubuh mampu melawan penyakit dengan baik, pastikan setiap hidangan makanan yang diambil adalah sihat, seimbang dan pelbagai,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 6:46 PM