PEMBERIAN Bantuan Prihatin Rakyat akan disalurkan terus ke akaun berdaftar di bawah BSH dan LHDN. FOTO Aswadi Alias
PEMBERIAN Bantuan Prihatin Rakyat akan disalurkan terus ke akaun berdaftar di bawah BSH dan LHDN. FOTO Aswadi Alias
Nurul Hidayah Bahaudin

ORANG ramai tidak perlu membuat permohonan mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) berikutan pemilihan dibuat berdasarkan data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini memaklumkan pemberian BPN akan dibuat dalam dua fasa pada April dan Mei ini.

“Bagi kategori isi rumah pendapatan RM4,000 ke bawah yang mendapat bantuan RM1,600 dan individu pendapatan bawah RM2,000 yang bakal memperoleh RM800 sudah diluluskan menerusi BSH.

“Kategori pendapatan isi rumah RM4,001 hingga RM8,000 dan individu bujang berpendapatan RM2,001 hingga RM4,001 pula terdiri daripada pembayar cukai sedia ada yang berdaftar dengan LHDN,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan penyaluran bantuan terbabit akan disalurkan terus ke akaun berdaftar di bawah BSH dan LHDN.

“Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April ini menerusi laman sesawang rasmi LHDN, www.hasil.gov.my.

“Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan sindiket penipuan dan merujuk kepada sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga bagi mengelak ditipu,” katanya.

Menurutnya, jika ada sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Kementerian Kewangan di talian 03-88829089/03-88829087/03-88824565/03-88829191/03-88824566 yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang bermula hari ini.

“Selain itu, orang ramai juga boleh melayari laman sesawang [email protected] atau [email protected] untuk maklumat lanjut,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2020 @ 6:40 PM