AMRAN meninggal dunia akibat serangan jantung ketika mendaki di Batu Hampar, Gunung Ledang Resort. FOTO Ihsan bomba
AMRAN meninggal dunia akibat serangan jantung ketika mendaki di Batu Hampar, Gunung Ledang Resort. FOTO Ihsan bomba
Nurul Amanina Suhaini

SEORANG pesara polis meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika mendaki di Batu Hampar, Gunung Ledang Resort, Tangkak di Muar, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II Seniman Idris, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.51 petang dan menggerakkan tujuh anggota ke lokasi kejadian.

"Pasukan operasi mendapati mangsa, Amran Rawi, 58, yang beralamat di Kampung Kolam Limbungan, Melaka, meninggal dunia akibat serangan jantung.

"Mangsa bersama sekumpulan 56 pendaki memulakan pendakian kira-kira jam 8.35 pagi tadi.

"Operasi membawa turun mangsa dilakukan dengan bantuan polis," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Februari 2020 @ 6:18 PM