TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika sidang media selepas melawat Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan mengenai 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Kementerian Kesihatan hari ini. FOTO BERNAMA

Amir Abd Hamid

WALAUPUN wabak koronavirus baharu (2019-nCoV) sedang melanda negara namun tiada halangan untuk perhimpunan atau persidangan berskala besar dan membabitkan peserta antarabangsa diadakan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ini memandangkan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengeluarkan sekatan perjalanan.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak menghalang perhimpunan sempena perayaan Thaipusam minggu depan.

Sementara itu, katanya, kerajaan tidak akan melanjutkan tempoh pelepasan visa 15 hari kepada pelancong China yang berada di negara ini.

“Mereka perlu pulang mengikut tarikh ditetapkan, biarpun kemungkinan ada yang mahu terus berada di sini untuk tempoh tertentu, sebagai langkah berjaga-jaga susulan penyebaran coronovirus di China.

“Tidak boleh bagi lanjutan visa,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan bagi mendapatkan perincian terkini kes coronavirus di Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 5:22 PM