Karmaine memasang lencana PH pada baju penyokong BN ketika kempen di pekan Kukup. FOTO Mohd Sabran Md Sani
Karmaine memasang lencana PH pada baju penyokong BN ketika kempen di pekan Kukup. FOTO Mohd Sabran Md Sani
Mohd Sabran Md Sani


KEMPEN Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai di Kukup, Pontian diwarnai gelagat pengundi yang cuba menyembunyikan identiti partinya.

Kehadiran calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini, 66, mempromosi diri menyebabkan penyokong parti Barisan Nasional (BN) spontan menutup logo parti pada baju dipakainya.

Beliau bagaimanapun bersikap sporting apabila membenarkan Karmaine memasangkan lencana PH pada logo BN ketika bersarapan pagi di sebuah restoran di pekan Kukup.

Gelagat lelaki itu mencuri tumpuan media yang turut menyertai kempen calon PH bagi PRK Tanjung Piai pada 16 November ini.

Lensa jurugambar terus ke arah penyokong BN itu, sebelum Karmaine memasang lencana PH pada baju dipakai lelaki itu.

  • Lagi berita berkaitan PRK Tanjung Piai
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 November 2019 @ 5:40 PM