LEE (kanan) dan Chai (tengah) ditemui selamat selepas sesat di kawasan hutan berdekatan SALCRA Bajo Training Centre, Lundu. FOTO ihsan bomba.
LEE (kanan) dan Chai (tengah) ditemui selamat selepas sesat di kawasan hutan berdekatan SALCRA Bajo Training Centre, Lundu. FOTO ihsan bomba.
Mohd Roji Kawi


DUA peserta Sarawak Adventure Challenge yang sesat selepas terkeluar dari trek cabaran itu ditemui selamat, tengah hari ini.

Mangsa, Chai Shiaw Fung dan rakannya, Lee Swee Boon ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 1.50 tengah hari di kawasan hutan berdekatan SALCRA Bajo Training Centre, Lundu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian itu disedari selepas seorang mangsa menghubungi talian kecemasan memaklumkan mereka sesat pada 10.53 pagi tadi.

Beliau berkata, Pusat Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu cuba menghubungi semula mangsa selepas itu, namun gagal.

Katanya, berikutan itu, dua pegawai kanan JBPM iaitu Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Chong Bui Chian dan PPgB Sophi Idris yang kebetulan turut menyertai cabaran itu, terus mengetuai gerakan SAR bersama tiga anggota dari BBP Lundu serta seorang wakil pihak penganjur.

“Operasi ditamatkan pada 2 petang dan kedua-dua mangsa tidak cedera,” katanya.

Berita berkaitan

'Peserta Sarawak Adventure Challenge sesat'

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 6:06 PM