KAKITANGAN MPSepang bergambar di puncak Gunung Kinabalu.
KAKITANGAN MPSepang bergambar di puncak Gunung Kinabalu.
Siti A’isyah Sukaimi


SERAMAI 30 peserta terdiri daripada kakitangan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu menerusi Program Mendaki Gunung Kinabalu sempena mempromosi Tahun Melawat Sepang 2020.

Yang Dipertua MPSepang, Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, semua peserta diketuai beliau sendiri menawan puncak gunung berkenaan pada 30 September lalu.

“Program diadakan ini adalah anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan bersama Unit Korporat dan Perhubungan Awam MPSepang.

“Ia diadakan sebagai salah satu kaedah mempromosikan Tahun Melawat Sepang 2020 dan juga sempena sambutan ulang tahun MPSepang ke-14,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, program itu diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan MPSepang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Oktober 2019 @ 8:55 PM