ORANG ramai meletak kalungan bunga memperingati serangan pengganas di Christchurch, semalam. FOTO AFP
ORANG ramai meletak kalungan bunga memperingati serangan pengganas di Christchurch, semalam. FOTO AFP
Khairul Azran Hussin


KEMENTERIAN Pendidikan sudah mengeluarkan arahan kepada semua 303 pelajar Malaysia di Christchurch, New Zealand untuk terus berwaspada susulan insiden tembakan sebuah masjid di bandar itu.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, ketika ini, semua pelajar berada dalam keadaan selamat, namun mereka perlu mengambil langkah keselamatan tambahan.

“Semua pelajar kita di sana (Christchurch) selamat. Rakyat Malaysia yang cedera bukan dalam kalangan pelajar kita.

“Apa pun kita mengutus perbuatan keganasan seperti ini. Saya yakin rakyat New Zealand pun tidak bersetuju dengan apa yang berlaku di negara mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Bahagian Pendidikan Swasta di Universiti MAHSA di Banting, hari ini.

Pada jam 1.40 tengah hari (waktu tempatan), seorang lelaki bertindak ganas dengan melepaskan tembakan rambang di Masjid Al-Noor berhampiran Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch, yang mengorbankan 49 nyawa dan lebih 40 orang cedera.

Rakyat Australia, Brenton Tarrant, 28 dituduh membunuh 49 orang di mahkamah hari ini.

Dia ditahan bersama dua suspek lain dan beberapa bahan letupan turut digunakan dalam apa yang disifatkan sebagai serangan terancang pengganas.

Tiga rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian itu ialah Rahimi Ahmad, 39, dari Pulau Pinang dan mempunyai dua anak; Mohd Nazril Hisham Omar, 46, dari Kelantan serta dan Mohd Tarmizi Shuib, 46, dari Kedah yang masing-masing mempunyai empat anak.

Berita berkaitan

Segera hantar keluarga mangsa ke NZ - Saifuddin

Terkejut dua rakan jadi mangsa pengganas

Tarrant pernah mengembara ke seluruh dunia

'Nak lihat sendiri keadaan Tarmizi'

Suami dah separuh sedar'

Budak 3 tahun korban paling muda

Manifesto gila angkara masjid berdarah

Manifesto gila angkara masjid berdarah

Suspek pengganas di dakwa

Pengganas berfahaman Neo-Facism

Belum sampai ajal, remaja Malaysia lari 1.5km

Semua penuntut Malaysia selamat di Christchurch

Ibu Rahimi ke New Zealand esok

'Pasukan perisik Malaysia mantap - PM'

'Terkejut anak cedera'

'Suami saya cedera teruk'

Tembakan selepas azan pertama

"Meremang bulu roma saya"

[UPDATE] 49 sudah terbunuh

'Jangan kongsi video tembak'

'Saya hanya nak suami selamat'

[UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini

[UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera

Azmin kutuk kejadian tembakan rambang

Wajah pengganas

'Suami biasa solat di masjid itu'

[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Siar serangan secara langsung

Peluru lintas kepala

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2019 @ 3:30 PM