KENYATAAN KPM.
KENYATAAN KPM.
Mohd Husni Mohd Noor


LEPASAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang ingin ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh membuat permohonan mulai 25 Februari hingga 2 April ini.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, pemohon boleh membeli Nombor Pengenalan Individu (NPI) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM10 dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan SPM 2018.

Menurutnya, keputusan ke Program Matrikulasi KPM akan dikeluarkan melalui laman sesawang berkenaan.

“Pelajar atau pemohon tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi KPM kerana keputusan SPM calon yang berjaya akan diperoleh terus daripada Lembaga Peperiksaan sejurus selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi,” katanya.

Katanya, pelajar yang ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM perlu mencetak sendiri surat tawaran kerana tawaran akan dikeluarkan atas talian sepenuhnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Februari 2019 @ 12:54 PM